Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menyerahkan sumbangan kepada asnaf dan anak yatim

200 asnaf, anak yatim diraikan

ByMahathir Haroun

LAWAS, 8 Mac: Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA) malam ini mengadakan Majlis Ziarah Ramadan LCDA Daerah Lawas yang disempurnakan oleh Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Pada majlis tersebut, Awang Tengah menyampaikan sumbangan kepada 200 asnaf dan anak yatim di Daerah Lawas.

Majlis tersebut merupakan program LCDA sempena Ramadan setiap tahun dengan berkongsi kegembiraan dengan asnaf.

Program berkenaan adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR) tahunan LCDA Prihatin bagi membantu meringan beban asnaf pada Ramadan dan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Ia juga merupakan usaha LCDA menzahirkan keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik dan mengukuhkan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Setiap seorang penerima menerima RM200 dengan melibatkan sumbangan keseluruhan berjumlah RM40,000 daripada sumber zakat wakalah LCDA.

Selain penyerahan sumbangan, turut diadakan majlis berbuka puasa solat terawih.

Turut hadir Pengurus Besar LCDA, Datu Zaidi Mahdi dan Pengarah Jabatan Tanah dan Survei, Awang Zamhari Awang Mahmood.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan