Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Putih pada Sabtu memaklumkan bahawa Pengawal Nasional akan dikerahkan ke Los Angeles ketika protes yang berlarutan akibat serbuan imigresen. Foto fail AFP

Trump beri bayangan lanjutkan tarikh akhir TikTok

ByBernama

WASHINGTON, 7 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata beliau “mungkin” akan melanjutkan tarikh akhir bagi penjualan aplikasi media sosial milik China, TikTok, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kita masih mempunyai sekurang-kurangnya sebulan lagi, jadi kita tidak memerlukan lanjutan. Tetapi jika saya perlu melanjutkannya, saya mungkin akan berbuat demikian.

“Kita mempunyai banyak pihak yang berminat dengan TikTok. Dan China akan memainkan peranan, jadi diharapkan mereka akan meluluskan perjanjian itu, tetapi mereka tetap akan terlibat,” katanya kepada wartawan di Pejabat Oval.

Selepas mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan, Trump menandatangani perintah eksekutif bagi menangguhkan larangan aplikasi itu selama 75 hari.

Beliau kini berusaha mencari penyelesaian yang dapat melindungi keselamatan negara sambil mengekalkan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.

Mahkamah Agung AS sebelum ini mengekalkan undang-undang yang mengharamkan TikTok kecuali syarikat induknya yang berpusat di China, ByteDance menjual aplikasi itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan