Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Nurul Fitri Salleh, Pegawai Kastam Diraja Malaysia, Brigitte Berry, Pegawai Maritim Negeri Sarawak dan Maya Morshidi, Pegawai Penguatkuasa JPJ Negeri Sarawak.

Tingkat motivasi petugas barisan hadapan

ByConnie Grace

KUCHING, 7 Mac: Pemberian sumbangsih raya ternyata menceriakan petugas barisan hadapan yang menjalankan tanggungjawab sepanjang Aidilfitri.

Mereka yang ditemui TVS menyifatkan sumbangan tersebut memberi semangat dan motivasi kepada petugas yang berkhidmat di lapangan.

Pegawai Kastam Diraja Malaysia, Nurul Fitri Salleh berkata, sumbangan yang diterima amat bermakna kepada anggota yang bertugas.

“Sumbangsih ini amat bermakna untuk kami yang bertugas di barisan hadapan. Terima kasih kepada Kerajaan Sarawak kerana memberi sumbangan ini yang sangat kami perlukan untuk memberi semangat kepada pegawai yang bertugas semasa raya nanti,” katanya.

Pegawai Maritim Sarawak, Brigitte Berry turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Sarawak.

“Saya merasa sangat bertuah kerana sumbangan ini memberi semangat dan motivasi kepada kami untuk terus bekerja dengan penuh dedikasi terutama sekali semasa berpuasa dan dalam suasana perayaan,” ujarnya.

Bagi Pegawai Penguatkuasa JPJ Sarawak, Maya Morshidi berkata, beliau menghargai sumbangan diberikan Kerajaan Sarawak itu.

“Kami berterima kasih kepada Kerajaan Sarawak atas sumbangan ini kerana memberi motivasi kepada anggota yang bertugas di lapangan,” jelasnya.

Terdahulu pada Jumaat, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyempurnakan simbolik penyerahan Sumbangsih Raya 2025 kepada 11 agensi dan jabatan penguatkuasaan terdiri daripada Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Turut menerima, Jabatan Penjara Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Sarawak.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan