Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis Daerah Miri berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat pengedaran dadah dalam operasi di Simpang Ngu, Batu Niah, petang semalam. Foto Polis Daerah Miri (FB)

Tiga disyaki edar dadah ditahan di Batu Niah

BySuara Sarawak

MIRI, 7 Mac: Polis Daerah Miri berjaya menahan tiga lelaki tempatan yang disyaki terlibat pengedaran dadah dalam operasi di Simpang Ngu, Batu Niah, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Alexson Naga Anak Chabu, mengesahkan tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

“Serbuan dijalankan sekitar 5.40 petang hingga 5.50 petang di tepi jalan berhampiran kedai makan Simpang Ngu, Batu Niah.

“Hasil pemeriksaan di lokasi kejadian, pasukan serbuan menjumpai dan merampas dadah jenis Methamphetamine seberat 11.60 gram dengan nilai anggaran RM1,270,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan