Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak komited memperkukuh integriti dan meningkatkan pengurusan tatakelola dalam kalangan penjawat awam di Sarawak. Foto Jazni TVS

SPRM komited kukuh integriti penjawat awam Sarawak

ByConnie Grace

KUCHING, 7 Mac: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak komited memperkukuh integriti dan meningkatkan pengurusan tatakelola dalam kalangan penjawat awam di Sarawak.

Pengarah SPRM Hasbilah Mohamad Salleh dalam kenyataan berkata, ia sekali gus memastikan pentadbiran bersih, berintegriti serta bebas daripada sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa dan rasuah.

Menurutnya, SPRM akan terus memainkan peranan dalam memberikan khidmat nasihat dan bimbingan kepada agensi-agensi kerajaan bagi memastikan setiap dasar serta peraturan dilaksanakan sejajar dengan prinsip integriti dan tatakelola baik.

“SPRM juga akan memperhebat kempen kesedaran dan program latihan bagi memperkasakan kefahaman mengenai undang-undang antirasuah dalam kalangan penjawat awam.” katanya dalam kenyataan media sempena kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, di sini, hari ini.

Menurutnya, menerusi kunjungan hormat tersebut, ia mencerminkan hubungan erat antara SPRM dan Kerajaan Sarawak dalam memastikan pentadbiran negeri lebih berkesan, bersih dan bebas daripada sebarang bentuk salah laku.

Tambahnya, diharapkan budaya integriti akan terus menjadi amalan utama dalam sektor perkhidmatan awam dan memperkukuh keyakinan rakyat terhadap sistem pentadbiran Kerajaan Sarawak.

Turut hadir Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Sarawak Wan Ahmad Nidzam Wan Omar dan Ketua Siasatan Negeri, SPRM Sarawak Katherine Nais, . -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan