Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Festival tahun ini bertemakan “Connections: One Earth, One Love” dan bakal menampilkan barisan artis tersohor termasuk ‘The Earth, Wind & Fire Experience’ oleh Al McKay, Otyken dari Siberia, Rusia, serta kumpulan tempatan At Adau.

RWMF 2025: Jualan tiket awal bermula 8 Mac ini

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 7 Mac: Jualan tiket awal (Early Bird) Festival Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2025 kini dibuka bermula 8 Mac hingga 31 Mac 2025.

Menurut kenyataan hari ini, festival tahun ini bertemakan Connections: One Earth, One Love dan bakal menampilkan barisan artis tersohor termasuk The Earth, Wind & Fire Experience oleh Al McKay, Otyken dari Siberia, Rusia serta kumpulan tempatan At Adau.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan bintang-bintang antarabangsa ini di Kampung Budaya Sarawak dari 20 hingga 22 Jun 2025. Dapatkan tiket anda sekarang pada harga terendah tahun ini,” menurut kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan tersebut, tiket awal ditawarkan pada harga istimewa bermula 8 Mac hingga 31 Mac 2025.

Pas sehari bagi dewasa boleh didapati pada harga RM235 memberikan penjimatan sebanyak RM48 berbanding harga pra-jualan RM283 dan RM98 lebih murah daripada harga jualan pintu RM333.

Bagi yang ingin menikmati festival selama tiga hari penuh, pas tiga hari dewasa ditawarkan pada harga RM635, menjimatkan RM130 daripada harga pra-jualan RM765 dan RM200 lebih rendah berbanding harga jualan pintu RM835.

Sementara itu, pas sehari kanak-kanak untuk mereka yang berusia 3 hingga 12 tahun dijual pada harga RM80, manakala kanak-kanak bawah 3 tahun boleh masuk secara percuma.

Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa perjalanan ke RWMF 2025 kini lebih mudah dan menjimatkan dengan kerjasama syarikat penerbangan rasmi Malaysia Airlines (MH) dan Firefly (FY).

“Pengunjung festival boleh menikmati diskaun sehingga 20 peratus bagi penerbangan ke Kuching sepanjang tempoh promosi dari 12 Mac hingga 22 Jun 2025,” jelas kenyataan itu.

Bagi Malaysia Airlines, promosi ini melibatkan laluan ke Kuching dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, Australia, New Zealand dan United Kingdom dengan kod promosi MHRWMF25. Manakala Firefly menawarkan promosi bagi laluan SZB-KCH, BKI-KCH dan KCH-MYY dengan kod promosi FYRWMF25.

Menurut kenyataan itu lagi, RWMF 2024 mencatat kehadiran seramai 26,000 pengunjung, sekali gus mencipta rekod baharu.

“RWMF 2025 dijangka mendapat sambutan luar biasa, jadi jangan tunggu! Dapatkan tiket ‘Early Bird’ anda sekarang dan sertai kami dalam perayaan muzik, budaya dan hubungan yang tidak dapat dilupakan,” tambah kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan