Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong. Foto fail AFP

PM Singapura keluarkan amaran penipu gunakan imej “deepfake” beliau promosi produk, perkhidmatan

ByBernama

SINGAPURA, 7 Mac: Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong mengeluarkan amaran kepada orang ramai mengenai kewujudan imej “deepfake” beliau yang digunakan oleh penipu untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan, termasuk skim menjana wang dan perkhidmatan permohonan pemastautin tetap.

Beliau mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dalam talian dan tidak menjadi mangsa penipuan.

“Ada antara anda yang telah melaporkan kepada saya, dan saya sendiri turut melihatnya di ruangan media sosial saya. Jangan sesekali memberi respons kepada penipuan ini atau berkongsi maklumat peribadi anda. Anda boleh melaporkannya melalui ScamShield: https://www.scamshield.gov.sg/,” katanya dalam hantaran di laman media sosialnya pada Jumaat.

Wong turut menggesa mereka yang menjadi mangsa penipuan supaya membuat laporan polis.

Ini bukan kali pertama imej “deepfake” Wong digunakan oleh penipu untuk mempromosikan produk.

The Straits Times (ST) melaporkan pada 2023 bahawa satu video “deepfake” Wong, ketika itu beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri, digunakan untuk mempromosikan skim pelaburan palsu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan