Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program tahunan “Ketuk Sahur” terus memperkukuh perpaduan komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dengan penglibatan masyarakat pelbagai agama dan latar belakang. Foto Dr Annuar Rapaee (FB)

Perpaduan kaum diperkukuh melalui program “Ketuk Sahur” di DUN Nangka

SIBU, 7 Mac: Program tahunan “Ketuk Sahur” terus memperkukuh perpaduan komuniti di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nangka dengan penglibatan masyarakat pelbagai agama dan latar belakang.

Pusat Khidmat DUN Nangka dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nangka telah menjadikan program ini lebih inklusif tahun ini dengan melibatkan masyarakat bukan Islam.

Program yang dipimpin oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I Sarawak merangkap ADUN Nangka Datuk Dr Annuar Rapa’ee, menyaksikan sebanyak 20 orang bersahur di rumah Ketua Kaum Catherine Ali Puteh, seorang pemimpin masyarakat Melanau beragama Roman Katolik di Kampung Nangka pada awal pagi semalam.

“Pagi ini menandakan permulaan program ‘Ketuk Sahur’ di kawasan Nangka. Penganjuran program ini di kediaman masyarakat bukan Islam mencerminkan keharmonian kaum dan agama yang kukuh dalam kalangan penduduk Sibu khasnya dan Sarawak amnya,” kata Dr Annuar.

Menurut beliau, pada tahun ini juadah bersahur dihantar ke 250 rumah dari 10 lokasi di sekitar DUN Nangka.

Selain menyantuni penduduk setempat, kunjungan ini juga memberi peluang kepada beliau untuk meninjau keperluan penduduk, termasuk kemudahan awam seperti lampu jalan dan jalan kecil yang perlu dinaik taraf.

Program “Ketuk Sahur” dianjurkan oleh Pusat Khidmat DUN Nangka dan berlangsung di Kampung Nangka dari pukul 4 pagi hingga 5.30 pagi dan hari ini program diteruskan di Kampung Baru dengan penghantaran juadah bersahur ke 25 rumah.

Program ini bukan sahaja memperkukuh semangat perpaduan, tetapi juga menonjolkan keprihatinan pemimpin terhadap kebajikan masyarakat setempat, tanpa mengira latar belakang, agama dan budaya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan