Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Petugas MYSaveFood Ramadan bazar Stutong, Ivan Nicholas Ajit memberitahu setakat ini kerjasama diberikan oleh para peniaga amat memberansangkan.

MySaveFood bazar Stutong agih makanan tidak terjual kepada lebih 50 penduduk memerlukan setiap hari

BySuara Sarawak

KUCHING, 7 Mac: Kira-kira 200kg makanan dan minuman di bazar Ramadan Stutong diangkat dan diagihkan kepada golongan memerlukan menerusi Projek MYSaveFood, Selasa lalu (4 Mac 2025).

Rekod itu antara yang tertinggi setelah reruai Projek MYSaveFood bertapak di bazar tersebut sejak lima hari lalu.

Petugas MYSaveFood Ramadan bazar Stutong, Ivan Nicholas Ajit memberitahu setakat ini kerjasama diberikan oleh para peniaga amat memberansangkan.

“Kita bertapak di sini (bazar Stutong) selama seminggu sebelum berpindah ke lokasi bazar yang lain sekitar Samarahan mahupun Kuching.

“Untuk rekod di bazar Stutong ini, selasa lalu kita telah mengangkat kira-kira 200kg lebihan makanan dan minuman yang tidak terjual untuk diselamatkan,” katanya ketika ditemui pemberita di reruai MySaveFood di bazar Stutong pada Jumaat.

“Hampir setiap hari makanan yang kita agihkan mungkin akan merangkumi kira-kira 50 ke 60 orang golongan memerlukan mendapat manfaat.

“Kami biasanya menerima lebihan makanan selewat-lewatnya 7 lebih sebelum makanan itu dibalut semula dan dihantar ke lokasi tertentu dalam radius kira-kira enam ke tujuh kilometer,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan