Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketibaan Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan di Jeddah, Arab Saudi bagi menghadiri Mesyuarat Tergempar Majlis Menteri-menteri Luar Negeri Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC). Foto Wisma Putra(Facebook)

Mohamad Hasan tiba di Jeddah untuk sesi tergempar OIC mengenai Gaza

ByBernama

JEDDAH, 7 Mac: Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan tiba di sini pada Khamis untuk menghadiri Sesi Tergempar Majlis Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)  di sini esok.

Menteri tersebut tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz pada pukul 6.05 petang waktu tempatan (11.05 malam waktu Malaysia).

Sebaik tiba, Mohamad disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Wan Zaidi Wan Abdullah, dan Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Roslan Sharif.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Wisma Putra memaklumkan sesi tersebut akan membincangkan perkembangan gencatan senjata di Gaza dan kebimbangan berhubung cadangan pengilhakan Gaza yang akan mengakibatkan pemindahan penduduk Palestin dari tanah air mereka.

Menurut kenyataan itu, Malaysia akan menegaskan pendirian tegas negara dalam menolak sebarang usaha pengilhakan Gaza atau pemindahan paksa rakyat Palestin ke Mesir dan Jordan.

“Mohamad juga akan menzahirkan komitmen penuh Malaysia dalam membantu usaha pembinaan semula dan pemulihan Gaza, termasuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa dan inisiatif serantau,” menurut kenyataan itu.

“Penyertaan Menteri Luar dalam mesyuarat ini menekankan komitmen teguh Malaysia dalam memperjuangkan hak rakyat Palestin dan penubuhan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat, berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan