Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Anggota Majlis Islam Sarawak mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, sempena 70 tahun penubuhan. Foto Jazni TVS

MIS perkenal ahli baharu selepas 70 tahun penubuhan

ByConnie Grace

KUCHING, 7 Mac: Majlis Islam Sarawak (MIS) memperkenalkan beberapa ahli baharu yang bakal menyertai majlis tersebut sempena ulang tahun ke-70 penubuhannya.

Ia diumumkan selepas anggota MIS mengadakan kunjungan hormat ke atas Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan memperkukuh kepimpinan dan memperluas jangkauan perkhidmatan MIS dalam meningkatkan kesejahteraan umat Islam di Sarawak.

Yang Dipertua MIS, Datu Misnu Taha dalam kenyataan berkata, pengenalan ahli baharu adalah langkah penting dalam memastikan kesinambungan kepimpinan lebih dinamik dan relevan dengan perkembangan semasa.

Menurutnya, komitmen ahli baharu dalam meneruskan usaha murni MIS adalah kunci kepada kejayaan masa depan terutama dalam meningkatkan peranan majlis tersebut dalam memartabatkan agama Islam.

“Dengan semangat dan usaha berterusan daripada ahli-ahli baharu ini, saya yakin Majlis Islam Sarawak akan terus berkembang dan memberikan impak lebih besar kepada komuniti Islam di Sarawak,” katanya.

Penubuhan MIS pada tahun 1955 merupakan satu pencapaian besar dalam sejarah perkembangan Islam di Sarawak dan pada tahun ini sambutan ulang tahun ke-70 menandakan perjalanan panjang dan komitmen berterusan dalam memperkukuh institusi agama di wilayah ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan