Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis pada Khamis. Foto BAM (FB)

Masters Orleans: Zii Jia mara ke suku akhir

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Pemain perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, mara ke pentas suku akhir Masters Orleans selepas menundukkan wakil India Srikanth Kidambi pada aksi pusingan kedua di Perancis pada Khamis.

Pada aksi yang berlangsung di Palais des Sports, pemain ranking ketujuh dunia itu hanya mengambil masa 30 minit untuk menyingkirkan bekas pemain nombor satu dunia tersebut dengan kemenangan straight set 21-11, 21-17.

Menanti Zii Jia di suku akhir ialah pemain Ireland, Nhat Nguyen, selepas lawannya dari Jepun, Yushi Tanaka menarik diri pada set kedua gara-gara kecederaan.

Turut mara ke pusingan suku akhir adalah pasangan beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin yang meraih kemenangan ke atas beregu Taiwan  Lu Ming Che-Hung En Tzu.

Pasangan negara bagaimanapun tidak diberi jalan mudah apabila tewas set pertama 16-21 sebelum bangkit untuk menang dua set berikutnya, 21-13, 21-16.

Pang Ron-Su Yin dijadual bertemu pasangan nombor 10 dunia dari Indonesia, Rehan Kusharjanto-Gloria Widjaja, yang berjaya menumpaskan pilihan nombor satu kejohanan dan wakil negara, Cheng Tan Jie-Toh Ee Wei, 21-8, 21-17.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan