Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera yang dilaksanakan dalam tempoh singkat. Foto fail AFP

Mahkamah Korea Selatan perintah pembebasan Yoon

ByBernama

SEOUL, 7 Mac: Mahkamah di Korea Selatan mengarahkan pembebasan Presiden Yoon Suk Yeol pada Jumaat selepas menerima permohonannya untuk membatalkan penahanan berhubung pengisytiharan darurat tentera yang dilaksanakan dalam tempoh singkat, lapor Agensi Berita Yonhap.

Yoon sebelum ini ditahan di pusat tahanan di Uiwang, selatan Seoul sejak 15 Jan lalu selepas disoal siasat atas tuduhan menghasut pemberontakan ekoran pengisytiharannya mengenai undang-undang tentera pada 3 Dis.

Dengan keputusan itu, Yoon akan dibicarakan tanpa perlu menjalani tahanan fizikal.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengumumkan keputusan itu kira-kira sebulan selepas pasukan pembelaannya mengemukakan permohonan pembatalan penahanan.

Mereka berhujah bahawa pendakwaan yang difailkan pada 26 Jan adalah tidak sah kerana dibuat sehari selepas tempoh tahanan Yoon tamat.

Menurut undang-undang, seorang suspek yang ditahan hanya boleh terus berada dalam tahanan jika pertuduhan difailkan dalam tempoh ditetapkan.

Bagaimanapun, pihak pendakwa bertegas pendakwaan dilakukan dalam tempoh yang dibenarkan, dengan menegaskan kod prosedur jenayah menetapkan tempoh dikira dalam hari, bukan jam dan minit seperti yang didakwa pasukan pembelaan Yoon.

Mahkamah menjelaskan bahawa tempoh tahanan perlu dikira mengikut jam, dan mendapati bahawa pendakwaan terhadapnya dibuat di luar had masa yang ditetapkan.

Pasukan pembelaan Yoon turut berhujah bahawa pengisytiharan undang-undang tentera oleh Presiden tidak boleh dikategorikan sebagai satu bentuk pemberontakan dan menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai risiko memusnahkan bukti.

Namun, pihak pendakwa menolak dakwaan itu dengan menyatakan bahawa risiko pemusnahan bukti masih tinggi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan