KUCHING, 7 Mac: Pengemudi Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak kini lega apabila himpunan pemain dalam kem kendaliannya bebas dari belenggu kecederaan.
Berbanding penyerang, Muhammad Danial Amier Norhisham yang masih dalam proses pemulihan ekoran masalah hamstring.
“Hanya Muhammad Danial Amier Norhisham yang masih belum pulih sepenuhnya.
“Manakala pemain lain sekarang dah boleh beraksi,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.
Perkembangan positif dikongsi jurulatih kelahiran Singapura itu disifatkan sebagai kredit awal untuknya mencatur kesebelasan utama terbaik bagi menghadapi baki empat perlawanan selepas ini.
Menurut Aidil, musibah yang membelenggu Muhammad Danial Amier Norhisham ketika ini tidak memberi impak besar kerana barisan pemain simpanan yang ada mampu mengambil alih tugas di posisi beliau.
“Apa yang pasti, inilah peluang buat pemain simpanan memperlihat kemampuan mereka andaikata diberi peluang beraksi kelak,” tegas belia.
Kuching City akan menentang Kedah FC pada aksi tertunda pada 12 Mac ini di Stadium Negeri, Petra Jaya. -TVS