Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merasmikan Program Imunisasi Influenza Kebangsaan untuk Warga Emas di Kuching, hari ini. Foto Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching (FB)

Lebih 800 jururawat Sarawak ingin berkhidmat di negeri asal

KUCHING, 7 Mac: Lebih 800 jururawat dari Sarawak yang kini bertugas di luar negeri berhasrat untuk berkhidmat di kampung halaman mereka, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian.

Dr Sim yang juga Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri berkata terdapat kekosongan jawatan di Sarawak pada masa ini yang dapat memenuhi permintaan mereka.

Beliau berkata penempatan petugas penjagaan kesihatan ialah satu daripada isu yang sedang dibincangkan antara kerajaan negeri dengan kerajaan Persekutuan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Itulah sebabnya kita mahu menguruskan sistem penjagaan kesihatan daripada menunggu keputusan penempatan oleh kerajaan Persekutuan. Perkara ini antara isu di bawah MA63 yang dibincangkan supaya kita dapat membuat keputusan sendiri.

“Kami (memahami) bahawa kebanyakan mereka lebih suka untuk bekerja di negeri asal. Kos untuk pulang ke kampung halaman juga lebih murah dan perbezaan amat ketara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Program Imunisasi Influenza Kebangsaan untuk Warga Emas di Sarawak di sini hari ini.

Pada 3 Mac, Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni dilaporkan berkata penempatan jururawat di luar negeri asal mereka adalah antara sebab ada yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan di Kementerian Kesihatan (KKM).

Lukanisman berkata keadaan itu menjadi cabaran kepada kementerian kerana penempatan jururawat ditentukan berdasarkan keperluan di setiap negeri.

Beliau berkata sejumlah 1,754 jururawat berhenti daripada KKM sejak lima tahun lepas, dengan 27.98 peratus daripada mereka berbuat demikian disebabkan masalah peribadi.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan