Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rumah Putih pada Sabtu memaklumkan bahawa Pengawal Nasional akan dikerahkan ke Los Angeles ketika protes yang berlarutan akibat serbuan imigresen. Foto fail AFP

Kebanyakan rakyat Amerika tidak bersetuju tarif ke atas China, Mexico dan Kanada

ByBernama

MOSCOW, 7 Mac: Sebanyak 63 peratus rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak menyokong keputusan Presiden Donald Trump untuk mengenakan tarif ke atas barangan dari China, Mexico dan Kanada, menurut tinjauan oleh The Washington Post, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Kira-kira tiga perempat responden bimbang tarif itu akan menyebabkan harga produk yang lebih tinggi di AS, menurut laporan itu pada Khamis. Bilangan terbesar mereka yang tidak berpuas hati dengan langkah itu adalah dalam kalangan rakyat Amerika yang berpendapatan tinggi, menurut laporan itu.

Tinjauan itu mendapatkan pandangan daripada 1,000 orang.

Pada Selasa, AS mengenakan tarif 25 peratus ke atas semua barangan yang diimport dari Kanada dan Mexico serta tambahan 10 peratus ke atas barangan dari China. Mexico dan Kanada mengancam untuk mengenakan tarif serupa ke atas AS. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan