Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setakat ini, 10 buah bas mulai beroperasi meliputi 10 laluan utama yang berada di seluruh bandar raya Kuching. Foto fail Bus Asia

Kad konsesi My50 boleh dibuat bermula minggu depan

BySuara Sarawak

KUCHING, 7 Mac: Peminat atau pengguna perkhidmatan bas henti-henti (SBST) boleh membuat kad konsesi perjalanan tanpa had bulanan (My50) bermula minggu hadapan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak Michael Kong Feng Nian berkata, sebuah pejabat perkhidmatan baharu akan dibuka di 9 Market Street, Tebingan Kuching bagi memudahkan pendaftaran inisiatif itu dilaksanakan.

Menurutnya, pejabat perkhidmatan baharu Biaramas Express Sdn Bhd itu akan terletak tidak jauh dari kawasan pasaraya Terbuka (Open Air Market) dan berhampiran 7-Eleven.

Untuk rekod, laluan awal perkhidmatan bas itu iaitu (Q10) kini beroperasi meliputi sejumlah 48 hentian.

Setakat ini, 10 buah bas mulai beroperasi meliputi 10 laluan utama yang berada di seluruh bandar raya Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan