Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat merancang untuk menutup 12 konsulat terutamanya di Eropah Barat menjelang musim panas ini. Foto hiasan Envato

Jabatan Negara AS rancang tutup konsulat, kurangkan tenaga kerja

ByBernama

ISTANBUL, 7 Mac: Pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat merancang untuk menutup 12 konsulat terutamanya di Eropah Barat menjelang musim panas ini dan sedang mempertimbangkan pengurangan tenaga kerja, yang berpotensi menjejaskan usaha membina perkongsian dan mengumpul maklumat perisikan, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Jabatan itu merancang untuk mengurangkan ramai pekerja tempatan di bangunan kedutaannya, yang membentuk dua pertiga daripada tenaga kerjanya dan penting bagi diplomat AS memahami keadaan setempat, lapor The New York Times lewat Khamis.

Bulan lepas, Setiausaha Negara Marco Rubio mengeluarkan memo kepada duta, mengarahkan mereka untuk mengurangkan kakitangan di luar negara sesuai dengan dasar luar presiden dan menghapuskan sebarang jawatan yang telah kosong selama dua tahun, lapor Times.

Langkah untuk mengurangkan jawatan diplomatik dan kakitangan luar negara adalah sebahagian daripada inisiatif untuk mengurangkan belanjawan operasi Jabatan Negara sebanyak 20 peratus.

Tenaga kerja jabatan itu terdiri daripada kira-kira 13,000 anggota Perkhidmatan Luar Negeri, 11,000 pekerja Perkhidmatan Awam dan 45,000 kakitangan warga tempatan di lebih 270 misi diplomatik di seluruh dunia, menurut laman sesawangnya.

Dalam dua bulan pertama 2025 sahaja, kira-kira 700 pekerja termasuk 450 pegawai diplomatik meletak jawatan, kadar yang jauh lebih tinggi daripada jumlah tahunan sebelumnya iaitu kira-kira 800, menurut akhbar itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan