Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki gelandangan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di hadapan sebuah kedai serbaneka, Jalan Lapangan Terbang, Kuching pada Khamis. Foto PDRM

Gelandangan disangka tidur sebaliknya sudah tidak bernyawa

BySaibi Gi

KUCHING, 7 Mac: Seorang lelaki gelandangan yang pada mulanya disangka tidur oleh orang awam disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pada pukulo 1.15 tengah hari semalam, pihaknya menerima maklumat yang mengatakan seorang lelaki tidur di hadapan kedai serbaneka, Batu 6, Jalan Lapangan Terbang di sini.

“Bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Balai Polis Sg. Maong, telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati individu tersebut tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, siasatan awal lelaki tersebut merupakan seorang penganggur dan gelandangan yang tidak mempunyai pengenalan diri.

Lelaki tersebut dipercayai berusia dalam lingkungan 40 ke 50 tahun mengikut pemerhatian awal terhadap keadaan fizikal.

Mayat dihantar ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat dan akan dijalankan setelah keluarga si mati dapat dihubungi.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian agar tampil untuk menyalurkan maklumat berkaitan identiti si mati.

Orang ramai juga boleh berhubung terus dengan Ketua Polis Balai Sg. Maong Inspektor Awang Ramzi Awang Junaidi di talian 019-8444123 dan Balai Polis Sg. Maong di talian 082-420469.

kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (sdr). ketua polis daerah kuching menasihatkan agar orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian ini bagi menjaga sensitiviti keluarga tersebut.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan