Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menurut Eurostar dalam satu kenyataan menjelaskan, gangguan kepada perkhidmatan disebabkan objek di landasan berhampiran Paris Gare du Nord. Foto AFP

Eurostar gantung perkhidmatan selepas bom Perang Dunia Kedua ditemukan di Paris

ByBernama

LONDON, 7 Mac: Eurostar menggantung perkhidmatan kereta api antara London dan Paris selepas penemuan bom Perang Dunia Kedua yang tidak aktif berhampiran stesen Gare du Nord ibu negara Perancis, lapor agensi berita Jerman dpa.

Perjalanan ribuan penumpang terganggu apabila pengendali kereta api merentasi Selat itu membatalkan 10 perkhidmatan pada pagi Jumaat.

Semua kereta api arah Paris ke London dibatalkan sehingga sekurang-kurangnya tengah hari.

Menurut Eurostar dalam satu kenyataan menjelaskan, gangguan kepada perkhidmatan disebabkan objek di landasan berhampiran Paris Gare du Nord.

“Sila ubah perjalanan anda untuk tarikh perjalanan yang berbeza.”

Pengendali kereta api nasional Perancis SNCF dalam satu kenyataan turut memaklumkan perkhidmatan di Gare du Nord akan digantung sehingga 11 pagi atas permintaan polis.

“Kami menasihatkan penumpang untuk menangguhkan perjalanan mereka,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan