Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Tanjung Bendahara, di sini malam tadi. Foto hiasan Bernama

Dua remaja maut, tiga parah selepas kereta dinaiki terbabas

ByBernama

ALOR SETAR, 7 Mac: Dua remaja lelaki maut manakala tiga lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka dipercayai hilang kawalan dan terbabas di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent, Jalan Tanjung Bendahara, di sini malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Wan Jaafar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 10.28 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki lima remaja lelaki berusia 18 tahun. Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan terbabit hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh penghadang jalan.

“Dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala tiga lagi yang cedera parah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan