Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka Muhammad Hafiz Kasim menunjukkan data taburan hujan yang direkodkan di Stesen Meteorologi Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang menjadi faktor banjir di Melaka semalam, pada sidang media hari ini. Foto Bernama

Banjir di Melaka akibat taburan hujan tinggi

ByBernama

MELAKA, 7 Mac: Taburan hujan di negeri ini semalam yang mencecah 122 milimeter (mm) menjadi faktor menyebabkan beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin dilanda banjir, kata Pengarah Pejabat Meteorologi Melaka Muhammad Hafiz Kasim.

Beliau berkata bacaan berkenaan yang hampir menyamai jumlah purata hujan untuk tempoh sebulan direkodkan di Stesen Meteorologi Utama Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, Melaka Tengah.

“Hujan lebat berterusan antara 4 pagi hingga 2 petang semalam ekoran fenomena garis badai iaitu garisan ribut petir terbentuk di Selat Melaka pada awal pagi dan bergerak ke daratan hingga tengah hari.

“Taburan hujan di stesen meteorologi itu semalam sudah hampir menyamai jumlah purata hujan jangka panjang bulan Mac (143.3 mm)… kira-kira 80 peratus dalam tempoh hanya beberapa jam,” katanya pada sidang media di Pejabat Meteorologi Melaka di sini hari ini.

Muhammad Hafiz berkata hujan lebat turut dicatatkan di Stesen Auksiliari Lapangan Terbang Sungai Rambai, Jasin dan memuncak pada 7 hingga 8 pagi dengan bacaan mencecah 36.4 mm.

“Amaran ribut petir telah dikeluarkan di semua platform media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada 1 pagi semalam dan dikemas kini sebanyak empat kali pada 5 pagi, 9 pagi, 12.10 tengah hari dan 1.20 tengah hari,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Melaka dijangka terus mengalami hujan serta ribut petir pada sebelah petang dan berlarutan hingga awal pagi.

Semalam, media melaporkan hujan lebat berterusan menyebabkan banjir di beberapa kawasan di daerah Melaka Tengah dan Jasin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan