Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Amaran ribut petir, hujan lebat hampir di seluruh negara hingga 9 malam

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mac: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda 10 negeri dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hingga 9 malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ia melibatkan negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak.

Di Kedah, kawasan diramal mengalami cuaca berkenaan termasuk Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Keadaan sama diramal melanda Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Pekan dan Rompin), Selangor (Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat), Jelebu di Negeri Sembilan serta Johor (Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Selain itu, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) di Sarawak, manakala Sabah melibatkan Pedalaman (Nabawan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan