Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Setiausaha Politik Premier Sarawak ,Abang Abdul Aziz Datuk Abang Rauf menyerahkan sumbangan kerusi roda penerima di Masjid Darul Ikhwanil Muslimin Kampung Sekambal di Kuching, semalam.

30 asnaf DUN Tanjong Batu terima sumbangan sempena Ramadan

ByIzzah Kamilah Yunus

LUNDU, 7 Mac: Seramai 30 asnaf di kawasan Dewan Undnagan Negeri (DUN) Tanjong Datu disantuni melalui sumbangan disalurkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Azizul Annuar Adenan sempena Iftar Bersama Pemimpin dan Sesi Penyampaian sumbangan Asnaf N3 Tanjong Zon Lundu sempena Ramadan 2025.

Penyampaian itu disempurnakan oleh wakilnya iaitu Setiausaha Politik Premier Sarawak, Abang Abdul Aziz Datuk Abang Rauf di Masjid Darul Ikhwanil Muslimin Kampung Sekambal di sini, semalam.

Pada majlis sama, beliau mengucapkan tahniah kepada penduduk Kampung Sekambal yang dapat menggunakan Masjid Ikhwanil Muslimin selepas penyerahan projek siap bina baharu pada 27 Januari lalu.

Sejumlah RM 2.3 juta diperuntukkan untuk projek tersebut di bawah Agensi Pelaksana Lembaga Amanah Kebajikan Islam Lundu (LAKIL).

Pada masa sama Aziz berharap sumbangan yang disalurkan itu dapat digunakan untuk menyambut Ramadan selain sebagai persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan yang disalurkan adalah berbentuk kerusi roda dan bakul makanan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan