Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekerja sektor awam dan kakitangan darat di 11 lapangan terbang Jerman, termasuk hab utama Frankfurt dan Munich, dijangka akan melancarkan mogok pada Isnin susulan pertikaian gaji yang berterusan. Foto fail AFP

11 lapangan terbang Jerman dijangka alami gangguan susulan mogok pada Isnin

ByBernama

FRANKFURT, 7 Mac: Pekerja sektor awam dan kakitangan darat di 11 lapangan terbang Jerman, termasuk hab utama Frankfurt dan Munich, dijangka akan melancarkan mogok pada Isnin susulan pertikaian gaji yang berterusan, umum Kesatuan Sekerja Verdi, lapor agensi berita Jerman dpa.

Pekerja di Lapangan Terbang Berlin, serta di Hamburg, Stuttgart, Cologne/Bonn, Dusseldorf, Dortmund, Hanover, Bremen dan Leipzig-Halle turut dipanggil untuk menyertai tindakan perindustrian ini, bermakna para pelancong di semua lapangan terbang utama Jerman dijangka menghadapi gangguan.

Jerman telah dilanda siri mogok dalam beberapa minggu kebelakangan ini apabila kesatuan sekerja cuba meningkatkan tekanan kepada Kerajaan Persekutuan dan pihak berkuasa tempatan menjelang pusingan ketiga rundingan mengenai perjanjian gaji kolektif yang melibatkan kira-kira 2.5 juta pekerja sektor awam.

Verdi menuntut kenaikan gaji sebanyak lapan peratus – bernilai sekurang-kurangnya €350 ($365) lebih sebulan – serta bonus yang lebih tinggi dan tiga hari cuti tambahan.

Sekitar 20,000 pekerja penjagaan kesihatan telah menyertai mogok pada Khamis, sementara pekerja tadika dijangka melancarkan mogok pada Jumaat.

Sebahagian besar pekerja Fraport, pengendali Lapangan Terbang Frankfurt, tertakluk kepada perjanjian gaji kolektif bagi pekerja sektor awam, bermakna mereka boleh menyertai tindakan perindustrian yang akan bermula pada tengah malam (2300 GMT Ahad).

Verdi turut menggesa kakitangan darat untuk mogok selama 24 jam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan