Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ubati rindu peminat, Andi Bernadee muncul dengan lagu Inikan Hari Raya. Foto Andi Bernadee

Ubati rindu peminat, Andi Bernadee muncul dengan lagu Inikan Hari Raya

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Setelah berpindah ke Universal Music Malaysia, penyanyi berbakat Andi Bernadee muncul dengan pelancaran lagu hari raya secara solo pertamanya berjudul ‘Inikan Hari Raya’ menjelang sambutan Syawal hujung bulan ini.

Universal Music Malaysia dalam kenyataan hari ini, berkata karya yang menggabungkan elemen moden dan tradisional itu dijangka memberi kelainan serta menyemarakkan lagi suasana musim raya dengan irama ‘catchy’ dan menghiburkan.

“Dicipta oleh Hanis Rafi, Firdaus Rahmat dan Omar K, lagu ini turut mendapat sentuhan lirik nukilan Andi Bernadee sendiri bersama-sama dengan Hanis Rafi, Firdaus Rahmat serta Omar K juga,” menurut kenyataan itu.

Dalam kenyataan sama, Andi berkata proses rakaman lagu itu di studio melibatkan dua sesi, iaitu merakamkan vokal utama sebagai demo untuk menghayati lagu tersebut serta berbincang tentang muzik, adunan dan lirik yang sesuai bersama-sama dengan komposer.

“Hanya selepas itu, kami melakukan rakaman sesi kedua dengan segala keputusan yang telah disahkan,” katanya yang berharap pendengar dapat menikmati lagu tersebut dengan sepenuh hati.

Artis berusia 34 tahun itu berkata lagu tersebut menggambarkan suasana sebuah keluarga yang pulang ke kampung halaman serta pelbagai peristiwa yang terjadi semasa persiapan dan pada sambutan hari raya.

“Situasi ini pasti berlaku di mana-mana dan saya percaya ia dapat dirasai oleh semua orang,” kata Andi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan