Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. Foto AFP

Trump tangguh tarif automobil dari Kanada, Mexico selama sebulan

ByBernama

WASHINGTON, 6 Mac: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan tarif ke atas kenderaan dari Kanada dan Mexico selama sebulan sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan ketua tiga pengeluar kereta terbesar AS pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Jurucakap Rumah Putih Karoline Leavitt berkata Trump membuat keputusan itu atas permintaan ketua Ford, General Motors dan Stellantis bagi memastikan syarikat-syarikat terbabit “tidak berada dalam kedudukan yang merugikan.”

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa dasar tarif yang lebih luas terhadap negara lain di seluruh dunia akan tetap berkuat kuasa seperti yang dirancang pada 2 April.

“Beliau memberitahu mereka untuk bertindak segera, mula melabur, memindahkan pengeluaran ke Amerika Syarikat, supaya mereka tidak perlu membayar tarif. Itulah matlamat utama,” katanya.

Saham ketiga-tiga syarikat didagangkan lebih tinggi pada petang Rabu selepas pengesahan Rumah Putih. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan