Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyediakan enam tapak Bazar Ramadan SEDC 2025 bersaiz mini bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (SME) di negeri ini. Foto Ramidi Subari

SEDC lancar enam Bazar Ramadan Mini, 49 usahawan kecil raih manfaat

BySuara Sarawak

KUCHING, 6 Mac: Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) menyediakan enam tapak Bazar Ramadan SEDC 2025 bersaiz mini bagi membantu usahawan kecil dan sederhana (SME) di negeri ini.

Pengurus Besar SEDC, Datuk Abdul Hadi Datuk Abdul Kadir, mengesahkan bahawa enam lokasi yang dipilih melibatkan tiga bahagian di Sarawak, iaitu Kuching, Sri Aman, dan Sibu.

Bahagian Kuching, sebagai lokasi utama, telah diberi keutamaan dengan menawarkan empat tapak, iaitu di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, Menara SEDC Kuching, Medan Niaga BGS (Boyan), dan Medan Niaga BGS (Gersik).

Sementara itu, dua lagi lokasi bazar Ramadan SEDC 2025 masing-masing bertempat di Medan Niaga Sri Aman dan UTC Sibu.

Menurutnya, penyediaan keenam-enam tapak bazar ini telah memberi manfaat kepada 49 usahawan tempatan di seluruh negeri.

“Dengan sokongan baik daripada 49 usahawan tempatan ini, bazar ini bukan sekadar menjadi ruang niaga, malah sebagai wadah untuk memperkukuh komuniti dan merancakkan ekonomi tempatan.

“Ia juga membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Sarawak untuk menikmati pelbagai juadah berbuka puasa yang enak dan berkualiti,” katanya.

Abdul Hadi hadir menyempurnakan pelancaran Bazar Ramadan SEDC 2025 di Aras 1, UTC Kuching hari ini, yang merupakan salah satu daripada enam bazar Ramadan SEDC 2025 yang dibuka di seluruh Sarawak.

Bazar Ramadan SEDC 2025 UTC Kuching menyaksikan kira-kira 10 usahawan mengambil peluang untuk menjalankan perniagaan sepanjang bulan Ramadan ini.

Difahamkan, Bazar Ramadan SEDC 2025 telah bermula pada 27 Februari dan akan berakhir pada 27 Mac 2025.

Mengenai usaha pembukaan bazar ini, Abdul Hadi menegaskan bahawa ia merupakan bukti komitmen SEDC terhadap pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, usaha ini adalah platform strategik untuk menyokong serta membimbing usahawan kecil dan sederhana Sarawak agar terus berkembang, bukan hanya pada bulan Ramadan, tetapi juga pada masa akan datang.

Orang ramai dialu-alukan untuk mengunjungi bazar Ramadan SEDC 2025 sebagai usaha memeriahkan suasana bazar serta menyokong perniagaan tempatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan