Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Semua 16.22 juta orang yang kini mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpeluang menjadi jutawan pada usia persaraan sekiranya menyimpan secara konsisten pada usia muda. Foto hiasan Envato

Sarawak miliki 1,700 jutawan

BySuara Sarawak

KUCHING, 6 Mac: Semua 16.22 juta orang yang kini mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berpeluang menjadi jutawan pada usia persaraan sekiranya menyimpan secara konsisten pada usia muda.

Perkara ini dibuktikan oleh lebih 130,000 pencarum di seluruh negara yang memiliki simpanan sekurang-kurangnya RM1 juta, sama ada dalam simpanan Konvensional mahupun simpanan Syariah.

Bahkan, di Sarawak terdapat seramai 1,700 daripada sejumlah 850,000 pencarum pelbagai peringkat umur berjaya mengumpul lebih RM1 juta dalam simpanan KWSP mereka.

Menurut Pengarah KWSP Wilayah Sarawak Aminuddin Abdul Aziz, mereka yang mula mencarum dari usia muda mempunyai peluang lebih besar untuk mempunyai simpanan yang mencukupi sepanjang tahun persaraan.

“Sebagai contoh, seseorang yang mencarum dengan gaji RM3,000 sebulan bermula usia 25 atau 30 tahun dengan dividen tahunan dianggarkan sekitar lima peratus, serta kenaikan gaji tiga peratus boleh mencapai simpanan lebih RM1.3 juta pada usia 60 tahun.

“Ini berdasarkan kadar caruman sebanyak 13 peratus oleh majikan dan 11 peratus daripada pekerja sendiri dengan syarat tiada pengeluaran dilakukan sehingga mencapai usia persaraan,” katanya dalam temu bual khas dengan Suara Sarawak pada Julai 2024.

Selain caruman wajib, individu boleh membuat caruman sukarela sehingga RM100,000 setahun. Jika seseorang menambah simpanan sebanyak RM500 sebulan ke dalam Akaun KWSP, jumlah simpanan boleh meningkat dengan lebih cepat disebabkan kesan faedah kompaun.

Setakat ini, KWSP mempunyai seramai 16 juta ahli, dengan 8.78 juta daripada adalah ahli aktif, mewakili 51 peratus daripada 17.32 juta tenaga buruh Malaysia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan