Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak Mega Fair di Singapura 2025 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini bakal menjadi acara penting dalam memperkenalkan potensi ekonomi Sarawak di peringkat global. Foto hiasan Envato

Sarawak Mega Fair di Singapura 2025: Meningkatkan kerjasama antarabangsa dan peluang ekonomi

KUCHING, 6 Mac: Sarawak Mega Fair di Singapura 2025 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung tahun ini bakal menjadi acara penting dalam memperkenalkan potensi ekonomi Sarawak ke peringkat global.

Bersempena dengan itu, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hari ini mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pemandu bagi pameran tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pejabat Timbalan Premier Sarawak, beliau telah diberi taklimat oleh jawatankuasa penganjur yang diketuai Pengerusi Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (STATOS), Tan Sri Datuk Amar Mohamad Morshidi Abdul Ghani mengenai persiapan acara berprestij ini.

“Pameran ini akan menyediakan platform berimpak tinggi untuk pegawai kerajaan, pemimpin perniagaan, serta pihak berkepentingan dari Sarawak, Singapura dan rantau ini untuk berhubung dan menjalin kerjasama yang lebih erat,” kata kenyataan tersebut.

Sarawak Mega Fair juga bertujuan menggalakkan kerjasama strategik dan memudahkan padanan perniagaan, selain mempromosikan peluang perdagangan, pelaburan, dan pelancongan.

Pameran ini juga akan menjadi medan untuk mempamerkan potensi Sarawak dan mendorong pertumbuhan mampan melalui perkongsian strategik.

“Sarawak Mega Fair akan meliputi seminar, pameran dan padanan perniagaan, yang bertujuan menghubungkan Sarawak dengan dunia melalui kerjasama rapat kami dengan Singapura,” jelas kenyataan itu.

Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Datuk Malcolm Mussen Lamoh, Penasihat Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Dato Sri Naroden Majais, serta Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Hii Chang Kee.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan