KUCHING, 6 Mac: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Penjawat Awam di Atrium Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini, hari ini.
Abang Johari serta tetamu kenamaan berkongsi keindahan Ramadan bersama ratusan penjawat awam bagi mempererat ukhuwah dan perpaduan.
Sejurus berbuka, Abang Johari dan tetamu kenamaan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan sunat terawih bersama jemaah.
Turut hadir ke majlis berbuka puasa itu adalah Timbalan Premier Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Utiliti Dan Telekomunikasi II (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi serta Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.