Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis menahan seorang pekerja penyelenggaraan bagi membantu siasatan berhubung penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul. Foto hiasan Envato

Polis tahan pekerja penyelenggaraan berhubung penemuan peluru

ByBernama

GEORGE TOWN, 6 Mac: Polis menahan seorang pekerja penyelenggaraan bagi membantu siasatan berhubung penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri di Bukit Jambul di sini, pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata penahanan lelaki berusia 46 tahun itu di ibu pejabat polis daerah berkenaan pada 1 tengah hari tadi, membolehkan kes diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

“Suspek merupakan individu menemukan peluru itu dan pada soal siasat, dia mengaku meletakkan beg itu di tempat kejadian sebelum menghubungi polis, bagi tujuan pelupusan.

“Menurut suspek, beg dan peluru itu ditemukan di sebuah rumah semasa menjalankan kerja pembersihan tahun lepas,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Bagaimanapun Lee berkata siasatan lanjut masih dilakukan bagi mengesahkan keterangan lelaki itu dan siasat dijalankan mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Semalam, media melaporkan Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad mengesahkan penemuan lebih 700 peluru hidup dan 13 peluru kosong jenis kaliber 22 dalam beg di tempat pembuangan sampah pangsapuri tersebut.

Beliau berkata pihaknya dimaklumkan oleh orang awam pada 1.40 tengah hari dan siasatan awal mendapati beg itu ditinggalkan oleh individu tidak dikenali. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan