KUALA LUMPUR, 6 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2025 di Kementerian Kewangan, Putrajaya.
Anwar yang juga Menteri Kewangan tiba di Kompleks Kementerian Kewangan (MOF) kira – kira pukul 11.30 pagi dan sejurus itu dilihat beramah mesra dengan Menteri Besar dan Ketua Menteri atau wakil dari setiap negeri dan wilayah yang turut menghadiri mesyuarat itu.
Mesyuarat turut dihadiri oleh kedua-dua Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut hadir manakala Sabah diwakili oleh Menteri Kewangannya, Datuk Seri Masidi Manjun.
Sementara itu antara Menteri Besar lain yang hadir termasuklah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Shamsuri Mokhtar.
Mesyuarat tahunan itu merupakan platform rundingan antara kerajaan Persekutuan dan negeri berkaitan hal ehwal kewangan. – TVS