Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak bakal memperkenalkan program pembangunan sukan tenis khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuching. Foto TVS

Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak perkenal program pembangunan tenis junior

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 Mac: Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) mengambil inisiatif memperkenalkan program pembangunan sukan tenis khusus untuk murid sekolah rendah dan menengah di sekitar Kuching.

Ahli Jawatankuasa Pembangunan PTBS, Amin Tamel, berkata program ini bertujuan mencungkil bakat muda dan memberi pendedahan awal terhadap sukan tenis.

“Program ini tidak tertutup untuk bumiputera sahaja, kita mengambil langkah untuk membuka program latihan tersebut kepada semua lapisan pelajar,” katanya ketika ditemui TVS.

Menurutnya, untuk permulaan PBTS berhasrat untuk mengambil sekolah-sekolah yang berdekatan seperti, Sekolah Menengah Kebangsaan Demak Baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Abang Haji Openg.

Untuk sekolah rendah pula, pihaknya bercadang membabitkan Sekolah Kebangsaan Astana, Sekolah Kebangsaan Matu Baru dan Sekolah Kebangsaan Gersik.

Menerusi program ini, PTBS akan bekerjasama dengan My Tennis School bagi menjayakan program ini, yang dijadual bermula pada April 2025 dengan latihan intensif, jelasnya.

Menurutnya, dengan adanya program seumpama ini PTBS berharap dapat memperkukuh asas pembangunan tenis di Sarawak serta membuka lebih banyak peluang kepada bakat muda untuk bersaing di peringkat lebih tinggi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan