Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ruslan Bujang berkata kejohanan tenis bukan sahaja memberi pendedahan kepada pemain tempatan, tetapi juga meningkatkan daya saing mereka di peringkat lebih tinggi.

Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak anjur dua kejohanan tahun ini

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 6 Mac: Persatuan Tenis Bumiputera Sarawak (PTBS) bakal menganjurkan dua kejohanan tenis utama sepanjang tahun ini sebagai sebahagian daripada usaha memperkasa sukan tenis dan mencungkil lebih ramai bakat baharu.

Presiden PTBS, Ruslan Bujang, berkata kejohanan tersebut bukan sahaja memberi pendedahan kepada pemain tempatan, tetapi juga meningkatkan daya saing mereka di peringkat lebih tinggi.

“Kami ingin memberikan lebih banyak peluang kepada pemain tenis, terutama golongan belia, untuk mengasah bakat mereka melalui pertandingan kompetitif.

“Ini juga selaras dengan usaha PTBS dalam membangunkan sukan tenis di Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS.

Dua kejohanan yang akan dianjurkan ialah edisi kedua PTBS Klasik Piala Tan Sri Datuk Amar Haji Bujang Mohd Nor, yang dijadual berlangsung pada 7 – 10 Ogos 2025 di Kuching.

“Pada tahun lepas kejohanan ini menyaksikan penyertaan pemain dari Indonesia dan Semenanjung Malaysia, menjadikannya platform persaingan yang lebih kompetitif,” katanya.

Selain itu, PTBS turut akan menganjurkan Inter-Division Ke-45, yang akan berlangsung pada September 2025 di Bintulu.

“Kejohanan ini mempertemukan pemain tenis dari pelbagai bahagian di Sarawak dalam usaha memperkukuh semangat kesukanan dan persaingan sihat di peringkat negeri,” ujarnya lagi.

Menurut Ruslan, kejohanan ini bukan sahaja memberi peluang kepada pemain tempatan untuk beraksi di pentas lebih kompetitif, tetapi juga berfungsi sebagai platform pemilihan bagi bakat-bakat muda yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Kata Ruslan lagi dengan inisiatif yang dirancang, PTBS berharap dapat menarik lebih ramai penyertaan dalam sukan tenis serta melahirkan pemain berkualiti yang mampu mewakili negeri dan negara pada masa hadapan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan