Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelbagai minuman keras dan rokok yang tidak bercukai dirampas Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Bintulu, semalam. Foto PDRM

Minuman keras, rokok seludup bernilai RM4.5 juta dirampas di Bintulu

BySaibi Gi

BINTULU, 6 Mac: Pelbagai minuman keras dan rokok yang tidak bercukai bernilai kira-kira RM4.5 juta dirampas Unit Risikan Marin, Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Bintulu, semalam.

Komander PPM Wilayah 5, ACP Ab Rahman Mat Hasan berkata barangan yang tidak mempunyai pelekat setem Kastam Diraja Malaysia itu dirampas menerusi pemeriksaan ke atas sebuah bilik di belakang sebuah pasar mini, Jalan Sungai Nyigu.

“Barang terbabit dirampas atas kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Barang rampasan diserah ke Ibu Pejabat Daerah Bintulu untuk tindakan dan siasatan.

Menurutnya, secara keseluruhan bagi tempoh 1 Januari hingga 5 Mac 2025, PPM Wilayah 5 melakukan 43 serbuan di Sarawak.

Menerusi serbuan itu, pihaknya menahan 34 orang atas pelbagai kesalahan yang melibatkan penyeludupan barangan tidak berkastam, ketirisan barangan kawalan dan bersubsidi, penyeludupan hidupan liar dan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak.

Keseluruhan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM35,509,268.63.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan