Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata persetujuan itu dicapai ketika beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke di Parlimen. Foto Zambry Abd. Kadir (FB)

Malaysia, Australia sepakat cadang penubuhan JWG pendidikan tinggi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Malaysia dan Australia sepakat mencadangkan penubuhan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) sebagai langkah memperkukuhkan kolaborasi dalam bidang pendidikan tinggi.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, menerusi hantaran di Facebooknya hari ini berkata persetujuan itu dicapai ketika beliau menerima kunjungan hormat Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Heinecke di Parlimen.

“Kami membincangkan pelbagai kerjasama yang boleh dilakukan antara institusi pendidikan tinggi (IPT) di Malaysia dan Australia, termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Diharapkan pertemuan ini akan membentuk usaha sama lebih erat antara kedua-dua negara dalam pendidikan tinggi dan bidang lain seperti kemahiran serta TVET, susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi pada tahun lepas,” katanya.

Memandangkan Australia antara negara yang terkehadapan dalam pendidikan tinggi, Zambry berkata Malaysia turut mengusulkan agar negara itu terlibat secara langsung dalam program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Ini termasuk program seperti Festival of Ideas (FOI), program pembangunan kapasiti dan kepimpinan wanita serta tajaan pelajar di bawah Colombo Plan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan