Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapan rumah di Sekinchan musnah dipukul ribut pagi tadi. Foto Media Sosial

Lapan rumah di Sekinchan musnah dipukul ribut pagi tadi

ByBernama

SHAH ALAM, 6 Mac: Lapan buah rumah musnah dalam kejadian ribut di Jalan Ban Lesen Parit 4, di Sekinchan, Sabak Bernam kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar bagaimanapun berkata kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa dan kecederaan.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.48 pagi sebelum menggerakkan lapan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan ke lokasi.

“Setibanya di tempat kejadian, didapati benar berlakunya kejadian ribut kepala angin. Setelah membuat size up, didapati lapan rumah musnah.

“Susulan itu, kami telah mengarahkan penduduk yang rumahnya musnah untuk berkumpul di tempat selamat sehingga keadaan reda,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial berhubung kejadian ribut yang memusnahkan rumah, dikatakan berlaku di Sekinchan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan