Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan pada Khamis secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di luar kawasan latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera. Foto AFP

Jet pejuang Tentera Korea Selatan tidak sengaja jatuhkan lapan bom

ByBernama

SEOUL, 6 Mac: Sebuah jet pejuang milik Tentera Udara Korea Selatan pada Khamis secara tidak sengaja menjatuhkan lapan bom di luar kawasan latihan, mengakibatkan tujuh orang awam cedera, lapor Agensi Berita Yonhap memetik kenyataan pegawai.

Jet pejuang KF-16 yang terlibat dalam latihan tembakan langsung secara “tidak sengaja” menjatuhkan lapan bom MK-82 di luar kawasan latihan di Pocheon pada 10.04 pagi waktu tempatan.

Tentera Udara Korea Selatan memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu dan memohon maaf atas kerosakan serta kecederaan yang dialami mangsa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan