Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rubiah menjawab pertanyaan berkaitan usaha baik pulih TABIKA dan TASKA KEMAS di Sarawak hari ini. Foto fail, Jabatan Penerangan Malaysia.

Dewan Rakyat: KEMAS peruntuk RM4 juta naik taraf TABIKA, TASKA di Sarawak, Sabah

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi menaik taraf dan membaik pulih Taman Bimbingan Kanak – Kanak  (TABIKA) serta taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Sarawak dan Sabah pada tahun ini.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Rubiah Wang berkata peruntukan itu merupakan sebahagian daripada dana khas berjumlah RM40 juta yang diluluskan untuk melaksanakan kerja-kerja naik taraf serta pembelian peralatan bagi TABIKA dan TASKA KEMAS di seluruh negara.

“KEMAS sentiasa peka dan mengambil perhatian serius terhadap keperluan untuk menambah baik serta menaik taraf bangunan TABIKA dan TASKA KEMAS di seluruh negara, terutamanya di Sarawak dan Sabah yang masih mempunyai banyak bangunan usang dan kurang selamat.

“Kementerian melalui KEMAS juga sentiasa menjalankan pemantauan secara berkala terhadap keadaan fizikal bangunan melalui pemantauan pengurusan yang dilaksanakan sepanjang tahun,” katanya pada Waktu – Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Rubiah menjawab pertanyaan Mohamad Shafizan Kepli (Gabungan Parti Sarawak -Batang Lupar) yang ingin tahu sekiranya terdapat rancangan besar-besaran untuk menaik taraf bangunan TABIKA dan TADIKA KEMAS yang usang dan uzur di Sarawak dan Sabah seperti usaha untuk menoktahkan sekolah dan klinik daif.

Mengulas lanjut, Rubiah berkata peruntukan tersebut diberikan berdasarkan keperluan semasa dan status bangunan sama ada milik KEMAS atau disewa.

Sementara itu beliau turut memaklumkan, sebanyak RM460,000 telah diluluskan untuk tiga projek baik pulih TABIKA KEMAS di Parlimen Batang Lupar.

“Tiga projek yang telah diluluskan bagi tahun 2025 ialah baik pulih TABIKA KEMAS Kampung Sungai Ladong sebanyak RM130,000, (projek melibatkan) TABIKA KEMAS Kampung Entangor Sebuya (dengan jumlah) RM130,000 dan TABIKA KEMAS Kampung Tambak sebanyak RM200,000,” katanya lagi. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan