Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan bersedia mengkaji potensi penggunaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi peralihan tenaga.Foto hiasan, Envato.

Dewan Negara: Tenaga nuklear berpotensi jadikan sumber penjanaan elektrik baharu negara

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Kerajaan bersedia mengkaji potensi penggunaan tenaga nuklear sebagai sebahagian daripada strategi peralihan tenaga.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, ini susulan kerajaan tidak lagi membina loji janakuasa arang batu baharu selaras dengan komitmen Malaysia dalam Perjanjian Paris 2015 untuk mengurangkan intensiti pelepasan gas rumah kaca (GHG) sebanyak 45 peratus menjelang 2030 serta aspirasi mencapai pelepasan karbon sifar menjelang 2050.

“Kerajaan sedang meneroka kaedah terbaik untuk memastikan sumber tenaga yang lebih bersih dan mampan. Antara langkah yang sedang dipertimbangkan termasuk pelaksanaan teknologi mothballing, co-firing, serta penggunaan tenaga boleh diperbaharui.

“Selain itu, teknologi nuklear juga sedang dikaji sebagai sumber penjanaan elektrik negara,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Robert Lau Hui Yew, di Dewan Negara hari ini.

Pada masa ini, jelas Akmal Nasrullah penjanaan elektrik di Malaysia masih bergantung kepada bahan api fosil, terutamanya arang batu dan gas, bagi memenuhi keperluan tenaga asas.

Menurutnya, kapasiti terpasang penjanaan tenaga di Semenanjung Malaysia daripada arang batu adalah sebanyak 36.4 peratus, bersamaan dengan 12,183 megawatt (MW).

“Kerajaan masih mengekalkan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik yang utama disebabkan oleh kos penghasilan tenaga elektrik daripada arang batu masih lagi yang termurah dan ini adalah penting bagi memastikan kadar harga yang mampu ditanggung oleh pengguna,” katanya lagi.

Tambah beliau, sektor penghasilan elektrik Malaysia masih bergantung kepada dua sumber bahan api fosil utama iaitu arang batu dan gas untuk memenuhi permintaan sumber penjanaan asas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan