Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua menteri kabinet Malaysia dijadualkan terbang ke Washington, Amerika Syarikat (AS) bulan ini untuk membawa suara Malaysia dan ASEAN mengenai tarif timbal balik yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump. Foto, Envato.

Dewan Negara: Dasar Trump tidak jejas ekonomi Malaysia setakat ini

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Dasar tarif yang dilaksanakan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump setakat ini tidak memberi kesan langsung kepada ekonomi Malaysia.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, status Malaysia sebagai anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) juga kekal tidak terjejas memandangkan AS bukan sebahagian daripada kedua-dua perjanjian perdagangan tersebut.

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dasar baharu AS serta merancang strategi bersesuaian bagi menangani sebarang kesan terhadap ekonomi negara.

“Pada masa yang sama, kerajaan juga komited dalam mempromosikan Malaysia sebagai sebuah negara ekonomi terbuka dan destinasi pelaburan yang selamat dengan menekankan kestabilan politik, dasar pro perniagaan serta lokasi strategiknya di Asia Tenggara,” katanya ketika menjawab pertanyaan Senator Rita Sarimah Patrick Insol di Dewan Negara hari ini.

Sementara itu Tengku Zafrul menambah, bagi menangani sebarang isu tarif yang berpotensi memberi kesan kepada Malaysia, kerajaan turut mengamalkan pendekatan diplomasi menerusi perbincangan berterusan bersama Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (DOC) dan Pejabat Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR).

“Pendekatan ini membolehkan kerajaan menyuarakan pandangan mengenai kesan tarif secara langsung kepada pembuat dasar di USTR dan DOC, sekiranya ia dikenakan kepada Malaysia.

“Kerajaan berhasrat untuk mengukuhkan hubungan diplomatik dan perdagangan dengan semua negara tanpa menjejaskan kedaulatan serta kepentingan negara,” katanya lagi.

Berhubung usaha mengurangkan kebergantungan kepada mana-mana negara pula, Tengku Zafrul berkata Malaysia turut mengambil langkah proaktif dengan mempelbagaikan pasaran eksport dan memperkukuh perdagangan dengan rakan dagang utama.

“Antara inisiatif yang telah dilaksanakan termasuk pemeteraian Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 14 Januari 2025 serta penyambungan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan Kesatuan Eropah.

“Di peringkat serantau, Malaysia juga memberi tumpuan kepada peningkatan perdagangan dalam kalangan negara ASEAN serta mengoptimumkan manfaat daripada RCEP, perjanjian perdagangan bebas terbesar dunia,” tambahnya.-TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan