Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Datuk Abdullah Saidol ketika melawat ke Tech Barcelona pada Rabu. Foto UKAS

Delegasi Sarawak perkukuh kerjasama dengan Tech Barcelona untuk pembangunan Bandar Teknologi Sarawak

KUCHING, 6 Mac: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Rabu mengetuai delegasi Sarawak dalam lawatan ke Tech Barcelona untuk meneruskan perbincangan mengenai penubuhan Bandar Teknologi Sarawak.

Menurut laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), lawatan ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama dengan ekosistem teknologi yang pesat membangun di Barcelona dengan memanfaatkan kepakaran mereka dalam inovasi.

Datuk Amar Douglas Uggah Embas ketika melawat Tech Barcelona pada Rabu. Foto UKAS

“Lawatan ini juga bertujuan memanfaatkan kepakaran mereka tentang pendekatan bandar pintar dan transformasi digital bagi meletakkan Sarawak sebagai pusat teknologi dan keusahawanan serantau,” lapor UKAS, hari ini.

Perbincangan memberi tumpuan kepada infrastruktur digital, pembangunan bakat, inkubasi permulaan dan kerjasama antara industri dan ahli akademik, dengan merujuk kepada kejayaan Barcelona sebagai pusat inovasi global.

Lawatan ini menandakan satu pencapaian penting untuk mengukuhkan cita-cita Sarawak membangunkan ekosistem teknologi bertaraf dunia dan memposisikan negeri ini sebagai pemain utama dalam ekonomi digital Asia Tenggara.

Kerjasama antara Sarawak dan Barcelona ini bermula sejak Mobile World Congress (MWC) 2023 yang disusuli

kerjasama aktif yang menerusi Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC).

“Perkongsian yang berterusan ini menekankan komitmen Sarawak terhadap perkongsian antarabangsa dan visi untuk memupuk ekonomi berasaskan pengetahuan yang mampan melalui pembangunan Bandar Teknologi Sarawak,” kata UKAS dipetik menerusi laporan itu.

Turut serta dalam lawatan tersebut adalah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan Pengarah UKAS, Awang Putrayusrie Awang Redzuan.

Delegasi tersebut disambut Pengerusi Dewan Perdagangan dan Industri Sepanyol Malaysia (La Cámara) Jordi Pol.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan