Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebuah bot polis mencari seorang penunggang jet ski yang hilang di tengah-tengah ombak tinggi ketika bahagian luar siklon tropika Alfred mula melanda timur Australia. Foto AFP.

Brisbane siap sedia hadapi siklon Alfred, penerbangan digantung sementara

ByBernama

SYDNEY, 6 Mac: Beberapa syarikat penerbangan utama Australia menggantung operasi di Brisbane pada Khamis susulan siklon tropika Alfred yang dijangka melanda negeri Queensland, lapor Xinhua.

Menurut kemas kini terkini daripada Biro Meteorologi Australia (BoM), pergerakan Siklon Alfred ke tenggara Queensland semakin perlahan, menyebabkan ramalan cuaca diubah kepada awal pagi Sabtu berbanding ramalan awal pada Khamis malam atau pagi Jumaat.

Virgin Australia memaklumkan bahawa semua penerbangan keluar dari Brisbane akan dihentikan mulai 4 petang waktu tempatan pada Khamis.

Qantas dan Jetstar turut mengumumkan bahawa mereka akan menghentikan perkhidmatan menjelang petang hari yang sama. Penumpang dinasihatkan untuk menyemak butiran penerbangan terkini.

Lapangan Terbang Brisbane akan kekal beroperasi selagi keadaan masih selamat, selain bersiap sedia memberi bantuan kepada Angkatan Pertahanan Australia dan pihak berkuasa kesihatan dalam situasi kecemasan, menurut kenyataan lapangan terbang.

Sementara itu, Lapangan Terbang Gold Coast di selatan Queensland telah ditutup sejak petang Rabu, manakala Lapangan Terbang Sunshine Coast masih beroperasi seperti biasa.

Beberapa pasar raya utama di kawasan yang dijangka terjejas telah memendekkan waktu operasi, dengan sebahagiannya ditutup lebih awal pada petang Khamis sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut laporan Australian Broadcasting Corporation (ABC), Perdana Menteri Queensland David Crisafulli berkata jalan raya dan jambatan akan terus dibuka bagi membolehkan pergerakan penting.

Perkhidmatan pengangkutan awam pula digantung pada Khamis dan Jumaat, dengan maklumat lanjut akan diumumkan kemudian.

Ramalan cuaca menjangkakan hujan lebat dengan jumlah taburan antara 200 hingga 400 milimeter (mm), dan jumlah keseluruhan berpotensi melebihi 800 mm sepanjang tempoh itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan