Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak menyempurnakan Program Bubur Lambuk Bank Rakyat di Menara Berkembar Bank Rakyat di sini, hari ini. Foto: Afiq Johari (TVS)

Bank Rakyat agih 7,000 pek bubur lambuk di sekitar Lembah Klang

ByHafeezzur Muzamir

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Bank Rakyat mengagihkan sebanyak 7,000 pek bubur lambuk Kampung Baru di beberapa buah lokasi sekitar Lembah Klang sempena Ramadan.

Menurut Bank Rakyat, acara yang memasuki tahun ke-12 itu menyaksikan sebanyak 20 kawah bubur lambuk dimasak dan diagihkan oleh warga kerjanya menerusi inisiatif kesukarelawanan BaktiRAKYAT.

Ia turut disertai oleh ahli lembaga pengarah dan Jawatankuasa Pengurusan Bank Rakyat yang diketuai oleh Pengerusinya, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak dan Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

“Bertepatan dengan tema Hulurkan Salam sempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, inisiatif tersebut dilaksanakan bagi menyemarakkan keberkatan Ramadan selain untuk berkongsi rezeki dengan masyarakat setempat.

“Ia juga bertujuan memperkukuhkan semangat kebersamaan antara Bank Rakyat dengan komuniti.

“Kami juga percaya bahawa Ramadan adalah waktu yang tepat untuk mengeratkan jalinan ukhuwah dengan masyarakat yang menjadi tunjang kekuatan operasi kami selama ini,” kata bank itu menerusi kenyataan media hari ini.

Edaran bubur lambuk Kampung Baru tersebut bermula jam 12.30 tengah hari di beberapa lokasi, termasuk perkarangan Menara Kembar Bank Rakyat, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, balai bomba, Stesen Transit Aliran Ringan (LRT), masjid serta rumah anak-anak yatim di sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Bank Rakyat memberitahu, bahawa mereka meneruskan tradisi menghargai pelanggan sempena Ramadan dan Syawal tahun ini melalui Kempen Utama Hulurkan Salam yang bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2025.

Kempen itu yang menawarkan hadiah berjumlah RM370,000.

“Antara hadiah lumayan yang ditawarkan termasuk kereta mewah Jaecoo J7, Proton e.MAS dan motosikal elektrik BMW CE 04.

“Selain itu, pelbagai tawaran istimewa turut ditawarkan seperti Kempen Rebat Petrol, Rebat Barangan Runcit serta Rebat Emas.

“Karnival Bazar Riang Raya yang menghimpunkan 100 gerai sahawan turut bakal dianjurkan di Menara Kembar Bank Rakyat pada 17, 19, 20 dan 21 Mac 2025,” tambah kenyataan itu.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh layari laman media sosial rasmi @mybankrakyat dan laman sesawang www.bankrakyat.com.my, hubungi Pusat Panggilan Bank Rakyat di 1-300-80-5454, atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat. – TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan