Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama delegasi lain pada kunjungan hormat di Wisma Sumber Alam, Kuching pada Rabu. Foto Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Awang Tengah terima kunjungan hormat daripada Pengerusi FGV

KUCHING, 6 Mac: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan semalam menerima kunjungan hormat daripada Pengerusi FGV Holdings Berhad, Tan Sri Rastam Mohd Isa bersama delegasi dari syarikat tersebut.

Kunjungan hormat yang diadakan di Wisma Sumber Alam itu bertujuan untuk membincangkan operasi serta hala tuju syarikat dalam sektor perladangan sawit, logistik dan lain-lain di negeri ini.

Dalam pertemuan itu, Rastam menerangkan operasi FGV di Sarawak dengan operasi yang meliputi ladang dan kilang sawit di Lundu dan Miri.

Selain itu, FGV juga berminat dalam industri penyimpanan minyak kelapa sawit di Pelabuhan Tanjung Manis, Mukah melalui kerjasama strategik dengan rakan niaga tempatan.

Beliau turut menekankan komitmen FGV dalam menyokong pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak, khususnya dalam sektor perladangan dan infrastruktur berkaitan.

Sementara itu, Awang Tengah menyambut baik kunjungan tersebut dan menzahirkan sokongan kerajaan negeri terhadap usaha FGV dalam memperluaskan operasi di Sarawak.

Kunjungan hormat ini diakhiri dengan perbincangan mengenai peluang kerjasama masa depan antara FGV dan kerajaan negeri Sarawak bagi memperkukuh sektor perladangan serta menyokong pembangunan ekonomi negeri ke arah yang lebih mampan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan