Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mereka ditahan pada pemeriksaan di tiga premis perniagaan di Persiaran Karpal Singh, Jalan Burma dan Lebuh Macallum. Foto JIM Pulau Pinang

34 pendatang tanpa izin ditahan di George Town

ByBernama

GEORGE TOWN, 6 Mac: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan 34 pendatang tanpa izin termasuk 11 wanita dalam Op Selera dan Op Sapu di daerah Timur Laut, di sini semalam.

Pengarah JIM Pulau Pinang Nur Zulfa Ibrahim berkata mereka ditahan pada pemeriksaan di tiga premis perniagaan di Persiaran Karpal Singh, Jalan Burma dan Lebuh Macallum.

“Mereka berasal daripada pelbagai negara dan ditahan atas kesalahan seperti tiada dokumen perjalanan yang sah, tinggal lebih masa dan menyalahgunakan pas lawatan sosial,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Nur Zulfa berkata pihaknya akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dalam usaha membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di Pulau Pinang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan