Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah dan Jasin dinaiki air. Foto Media sosial

34 kawasan dinaiki air, tiga PPS dibuka di Melaka

ByBernama

MELAKA, 6 Mac: Hujan lebat sejak 11 malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan di dua daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah dan Jasin dinaiki air.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan hari ini memaklumkan sebanyak 34 kawasan terjejas dan setakat 12.30 tengah hari, tiga pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.

“Dua PPS dibuka di Melaka Tengah iaitu di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Malim dan Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Duyong di Melaka Tengah manakala satu lagi di Jasin iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum.

“Setakat ini jumlah kesemua mangsa belum dapat dipastikan dan masih lagi dalam proses pendaftaran,” katanya di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas di Melaka Tengah membabitkan Kampung Pengkalan Rama, Kampung Chetty, Kampung Limbongan, Bakar Batu, Kampung Banda Hilir dan Kampung Klebang Kecil.

Turut dinaiki air ialah Taman Malim Permai, Taman Rambai Jaya, Taman Gadong Perdana, Kampung Pengkalan Renggam, Kandang, Ayer Molek, Paya Dalam dan Kampung Pokok Manggis Pulau Gadong.

Di Jasin pula, dua kawasan terjejas iaitu Kampung Kilang Berapi dan Kampung Asam Kumbang. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan