Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Nor Hisham (kanan) menyampaikan sijil NIOSH kepada pesara bomba yang menyertai latihan. Foto, Amiruddin Syah (TVS).

1,000 pesara bomba terima latihan percuma di bawah kerjasama JBPM-NIOSH

ByMuqri Aziz

KUALA LUMPUR, 6 Mac: Seramai 1,000 pesara dan bakal pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima latihan percuma di bawah program kerjasama strategik antara JBPM dan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata inisiatif itu bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pesara bomba bagi membolehkan mereka kekal berdaya saing dalam sektor industri selepas tamat perkhidmatan.

“Setiap tahun, ramai anggota bomba mencapai usia persaraan, tetapi mereka masih cergas dan berkemampuan untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Saya percaya mereka adalah aset penting negara.

“Oleh itu, menerusi inisiatif ini, NIOSH akan membantu melatih 1,000 pegawai bomba yang bakal bersara dalam fasa pertama supaya mereka lebih berdaya saing dan memenuhi permintaan industri, selaras dengan Akta Pekerjaan yang telah dikuatkuasakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Kerjasama (NoA) antara JBPM dan NIOSH di Parlimen Malaysia, hari ini.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong dan Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

Sementara itu Kor Ming turut memaklumkan latihan itu diberikan secara percuma kepada peserta yang dipilih JBPM, dengan peruntukan awal sebanyak RM1 juta daripada Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

“Biasanya, kursus seperti ini menelan belanja RM1,000 seorang, tetapi hasil kerjasama dengan NIOSH, 1,000 pegawai bomba bakal pencen akan menerima latihan secara percuma.

“KESUMA turut menyasarkan untuk melatih sehingga 10,000 peserta dalam tempoh tiga hingga lima tahun dengan peruntukan keseluruhan RM10 juta,” tambahnya.

Sementara itu, Steven berkata program itu merupakan projek rintis dengan penilaian akan dibuat sebelum diperluaskan ke peringkat seterusnya.

“Untuk tahun ini, sasaran awal adalah melatih sekurang-kurangnya 1,000 peserta. Jika peringkat rintis ini berjaya, kami akan menilai kesesuaian kursus dan mungkin menambah modul kemahiran yang lebih tinggi.

“Kami akan membuat pengumuman lanjut selepas kajian selesai,” katanya. -TVS.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan