Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Shitsui Hakoishi dari Nakagawa, Wilayah Tochigi, menerima sijil pengiktirafan di sebuah premis tempatan ketika jiran dan pelanggan tetap meraikan pencapaiannya. Foto Agensi Berita Kyodo

Wanita Jepun berusia 108 tahun diiktiraf tukang gunting rambut wanita tertua di dunia

ByBernama

UTSUNOMIYA (Jepun), 5 Mac: Seorang wanita berusia 108 tahun dari timur Jepun secara rasmi diiktiraf pada Rabu oleh Guinness World Records sebagai tukang gunting rambut wanita tertua di dunia, lapor Agensi Berita Kyodo.

Shitsui Hakoishi dari Nakagawa, Wilayah Tochigi, menerima sijil pengiktirafan di sebuah premis tempatan ketika jiran dan pelanggan tetap meraikan pencapaiannya.

“Hidup penuh dengan kesusahan sejak saya muda, tetapi saya benar-benar gembira,” katanya.

Hakoishi, yang memulakan latihan di kedai gunting rambut di Tokyo pada usia 14 tahun, memperoleh lesen gunting rambutnya pada 1936.

Dia membuka kedai dengan suaminya, yang juga tukang gunting rambut, tetapi berpindah ke kampung halamannya selepas ia musnah akibat serangan udara, menurut Guinness World Records. Selepas suaminya meninggal dunia dalam perang, dia membuka sebuah kedai kecil di rumahnya sambil membesarkan dua anak kecil mereka.

Pada Mac 2021, dia mengambil bahagian sebagai pembawa obor dalam larian obor Olimpik Tokyo. Walaupun sakit lutut bermakna dia tidak lagi dapat menerima pelanggan seramai dahulu, dia masih menunjukkan kemahiran memotong rambutnya setiap kali menerima tempahan.

“Sesetengah orang datang dari jauh untuk berjumpa saya, jadi saya mahu teruskan selagi saya boleh,” kata Hakoishi. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan